DAMAI RASIDIN



Terletak di kawasan kampung yang di kelilingi pemohon kelapa  dengan deruan angin dari kawasan pantai yang berhampiran sangat sesuai untuk anda dan keluarga bercuti/bersantai  dengan damai.

SG BESAR DAMAI RASIDIN terletak di lokasi yang strategik :

- 1 km dari pekan Sg Besar

- 1 km dari pekan Sg. Hj. Dorani

- berhampiran dengan stadium, restoran/gerai makan, masjid dan surau, penguasaha makanan ringan saperti kerepek, nata-de-coco, kuih-kuih tradisonal melayu.

Di pekan Sg. Dorani setiap hari terdapat jualan ikan segar hasil tangkapan nelayan kampung ini. Sama ada dijual di pangkalan atau gerai petang.

SG BESAR DAMAI RASIDIN sentiasa mengalu-alukan para tetamu dari jauh dan dekat,  yang datang untuk pelbagai urusan :

- Walimatul Urus (penginapan rombongan merisik, meminang,pengantin dll )

- Urusan Kerjaya ( Temuduga/kursus/latihan di sekitar daerah Sabak Bernam )

- Menghantar anak/saudara menyambung pengajian .

- Urusan perniagaan,ziarah keluarga dll

Cara untuk berkunjung ke Sg Besar Damai Rasidin:

Tiga jalan boleh dilalui untuk ke Sg Besar Damai Rasidin dengan menggunakan  kereta. Jalan pertama, melalui Pekan Tanjong Karang. Jalan kedua melalui Pekan Behrang, Perak dan jalan ketiga melalui Pekan Simpang (4) Hutang Melintang, Perak.

JALAN PERTAMA ( MELALUI PEKAN TANJONG KARANG ) :

Jarak 32.6 km - 27 minit

Pelawat dari Kuala Lumpur, Putra Jaya, Petaling Jaya atau Klang dan lain-lain tempat , perlu terus ke Bandar Kuala Selangor , kemudian ke Pekan Tanjong Karang. Perjalanan dari Pekan Tanjong Karang memakan masa kira-kira setengah jam untuk sampai ke Damai Rasidin Homestay.

Tempat-tempat yang akan dilalui dari Pekan Tanjong Karang ialah : Sungai Sireh, Sungai Burung, Pekan Sekinchan, Pekan Pasir Panjang, Pekan Sungai Nibong, Pekan Simpang Lima dan terus ke Pekan Sungai Haji Dorani. 1 kilometer dari Pekan Sungai Haji Dorani belok ke kiri terdapat tebuk Rasidin, Sebelum sampai ke pantai belok kekiri  jalan Haji Ros dimana terletaknya Damai Rasidin Homestay..


JALAN KEDUA ( MELALUI PEKAN BEHRANG , PERAK ) :

Jarak 71.8 km - 1 Jam 21 minit.

Pelawat dari Kuala Lumpur, Kuantan atau lain-lain melalui Lebuhraya KL – Ipoh , terus masuk ke Pekan Behrang melalui Kampong Sungai Selisik, Kampong Gesir Ulu, Seri Keledang, Kampong Belia (2), Kampong Binjai Jaya, Kampung Parit 13 Sungai Panjang dan Kampong Simpang (3) Loji Sungai Limau - Sampai lampu isyarat di situ terus belok kiri dan buat U-Turn ke Tebuk Rasidin. Sebelum sampai ke pantai belok kekiri jalan haji Ros di mana terletaknya Damai Rasidin  Homestay.. Perjalanan dari Pekan Behrang ke Pekan Damai Rasidin Homestay kira-kira 71.8 kilometer dengan masa perjalanan sekitar satu jam 21 minit.

 

JALAN KETIGA ( MELALUI PEKAN SIMPANG (4) HUTAN MELINTANG, PERAK )

Jarak 36.4 km - 34 minit

Pelawat dari Teluk Intan, Bagan Datoh, Sitiawan dan lain-lain tempat di utara, terus ke Pekan Simpang (4) Hutan Melintang. Perjalanan akan melalui Ladang Unitata dan menyeberang jambatan Sungai Bernam . Anda akan melalui Kampong Bagan Nira dan sampai ke simpang empat lampu isyarat Kampong Batu (2) Sapintas. Anda perlu jalan terus dan tidak masuk ke Pekan Sabak. Perjalanan akan melalui Kampong Batu 2 Tebuk

Pulai, Kampong Tebuk Pulai, Kampong Panchang Bedena dan sampai ke lampu isyarat Pekan Sungai Besar. Di situ anda perlu memandu terus tanpa masuk ke Pekan Sungai Besar ( Makluman : Di jalan besar Pekan Sungai Besar ada terdapat beberapa lampu isyarat )

Dari lampu isyarat persimpangn Pekan Sungai Besar akan dilalui Kampong Sungai Limau.

Selepas sampai lampu isyarat di situ terus belok kiri dan buat U-Turn ke Tebuk Rasidin. Sebelum sampai ke pantai belok kekiri jalan haji Ros di mana terletaknya Damai Rasidin  Homestay..,



BANTUAN JIKA TERSESAT JALAN :

Jika tersesat jalan menuju Pekan Sungai Haji Dorani dari arah jalan-jalan dinyatakan di atas,

SILA HUBUNGI TERUS ke telefon : Jamayah 013-3990906 dan nyatakan di kawasan pekan / kampong mana anda sedang berada waktu itu .


Anda akan di pandu arah mengikut jalan yang betul untuk sampai ke Sg Besar Damai Rasidin.




BILIK 1


BILIK 2


BILIK 3

BILIK 4


RUANGAN ISTIREHAT


DAPUR



RUANG MAKAN


RUANG TAMU





RUANG TAMU




DAPUR




RUANG MAKAN



RUANG TAMU DI LUAR